Skip to main content

Sepak Takraw

'Saya guna cuti tahunan demi STL' -- Zuleffendi, feeder NS Antlers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zuleffendi.jpg
'Saya guna cuti tahunan demi STL', itu pengorbanan feeder Negeri Sembilan Antlers, Zuleffendi Sumari, yang memanfaatkan cuti tahunannya untuk beraksi di saingan Sepak Takraw League (STL) 2025.

Tanpa berselindung, pemain yang mesra disapa 'Pak Long' itu mengakui dia berdepan cabaran besar dalam membahagikan masa antara tugasan hakiki sebagai pembantu awam di Jitra, Kedah dan pemain sepak takraw di STL.

Ujar pemain berusia 35 tahun itu, ada ketikanya dia perlu menjalani sesi latihan secara bersendirian menerusi modul yang disediakan ketua jurulatih NS Antlers, Shahir Nasrudin.

Pengorbanannya itu boleh dianggap berbaloi selepas berjaya bantu NS Antlers muncul juara GP Negeri Sembilan minggu lalu selepas menewaskan Johor Tigris di pentas final.

Pak Long turut berharap majikannya sedia mempertimbangkan pelepasan seandainya khidmatnya ditagih skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Sementara itu, Zuleffendi berharap dia dan rakan sepasukan kekal konsisten dengan aksi positif menjelang saingan GP Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung esok.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video