Skip to main content

Sepak Takraw

Klinik STL 2025: Sertai Kem Latihan Asas Di Pusat Akademi Sepak Takraw Negara Yang Pertama di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klinik-stl-yang-diadakan-di-lokasi-dam-gelanggang-stl-pada-musim-lalu_1.jpg
Klinik Sepak Takraw League (Klinik STL 2025) kembali untuk edisi 2025 dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan eksklusif, membawa misi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan sepak takraw dari peringkat akar umbi.

Sasaran utamanya, membentuk generasi baharu bintang sukan negara berumur 13 hingga 17 tahun untuk menyerlahkan bakat mereka melalui sesi latihan intensif dan pendedahan profesional.



Antara keistimewaan utama tahun ini ialah peluang untuk peserta terbaik dari setiap lokasi terpilih menyertai Kem Latihan Asas di Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia.

Pusat pembangunan sukan pertama seumpamanya di Malaysia ini lengkap dengan kemudahan dan struktur latihan lebih baik, termasuk pelbagai fasiliti lengkap serta moden.

Pusat ini berperanan sebagai hab latihan negara, dan bakal menjadi platform latihan bertaraf tinggi bagi mencorakkan potensi remaja ke tahap seterusnya,selari dengan hala tuju pembangunan bakat sukan negara.



Pusat Akademi Sepak takraw ini bakal menjadi lokasi impian bagi bakat muda yang terpilih, di mana mereka akan mendapat bimbingan intensif daripada jurulatih dan pemain kebangsaan, menggunakan modul pembangunan profesional yang telah dirangka khusus untuk mencungkil dan membentuk generasi bintang sukan masa depan.

Klinik STL 2025 akan berlangsung di empat lokasi yang juga merupakan gelanggang rasmi STL Premier iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan juga Pulau Pinang.

Inilah Masanya Untuk Menyerlahkan Potensi Anda! Klinik STL Kini Dibuka Pendaftarannya Di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sertai Kami Dan Jadilah Bintang Seterusnya Di Pentas STL!

Daftar di sini: www.astro.com.my/klinikSTL




Menurut Nicholas John, Ketua Bahagian Sukan Astro, program ini merupakan inisiatif berterusan dalam
memastikan pembangunan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi terus berkembang secara
mampan. “Musim ini kami berkerjasama dengan pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan
lebih meluas bukan hanya melibatkan kejohanan kompetitif STL malah program pembangunan bakat
melalui Klinik STL.

Kami bukan sahaja mendekatkan sukan ini kepada belia, tetapi juga membuka ruang untuk mereka
merasai sendiri pengalaman latihan bertaraf profesional di Pusat Akademi Sepak Takraw,” katanya.

“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CelcomDigi selaku penaja rasmi STL
yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program Klinik STL ini. Komitmen mereka
dalam menyokong inisiatif pembangunan sukan di peringkat akar umbi amat dihargai, khususnya dalam
usaha memperkasakan bakat muda".

"Kerjasama strategik ini menjadi bukti bahawa sinergi antara sektor korporat dan pembangunan sukan mampu melahirkan generasi pelapis yang lebih kompetitif masa hadapan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Kelestarian Astro, Foo Su Lynn berkata “Klinik STL merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Astro Kasih dalam memperkasa komuniti melalui platform sukan.

Kami percaya bahawa sukan adalah medium terbaik untuk menyatukan masyarakat, memupuk nilai-nilai
terpuji serta mencungkil potensi generasi muda. Inisiatif akar umbi seperti Klinik STL selari dengan
komitmen ESG Astro dalam menyokong pembangunan komuniti secara berterusan dan inklusif,” katanya.

Sebagai tambahan, Klinik STL 2025 juga turut menjelajah ke sekolah terpilih di Pahang dan Terengganu
bagi memperluas capaian kepada pelajar sekolah bandar dan luar bandar. Inisiatif ini turut dijayakan
sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).



Tempat adalah terhad! Golongan muda, tanpa mengira jantina, digalakkan untuk mendaftar segera dan
merebut peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelapis sukan sepak takraw
negara.

Penyertaan untuk Klinik STL di lokasi Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur kini telah dibuka,
sementara pendaftaran untuk tiga lagi lokasi akan diumumkan nanti. Untuk maklumat lanjut tentang
tarikh dan lokasi klinik, orang ramai boleh mengikuti laman media sosial rasmi STL di Instagram @stl.my dan Facebook SepakTakraw League.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan aksi CelcomDigi STL 2025 yang berlangsung dari 28 Mei hingga 7 September. Kesemua perlawanan akan disiarkan secara menyeluruh di platform Astro, secara langsung di Astro Arena, melalui aplikasi Astro GO, serta penstriman di sooka.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk
Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek

Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari
www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
*Tertakluk kepada terma dan syarat, Durasi Promosi tertakluk kepada Astro.

Advertisement

Must Watch Video