STL
Klinik STL: 120 orang rebut peluang timba ilmu di SPICE Arena
Klinik STL hari ini tidak dianjurkan di sekolah tetapi diadakan di SPICE Arena, yang menjadi medan pemain-pemain beraksi dalam Grand Prix (GP) Penang minggu ini selain merupakan pusingan keempat Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) Premier 2024.
Kehadiran barisan pemain Penang Black Panthers dan Kuala Lumpur Thunder memeriahkan lagi suasana Klinik STL hari ini.
" Hari ini kita berpeluang membawa anak anak dari Pulau Pinang untuk mengikuti Klinik Pembangunan Sepak Takraw (STL) 2024.
Iklan
"Sesungguhnya inisiatif untuk pembangunan Sepak Takraw di Pulau Pinang ini amat dialu-alukan dan hari ini kita melihat lebih kurang 120 anak-anak muda dan bakat yang ada di Pulau Pinang untuk Klinik Pembangunan Sepak Takraw," kata bapa peserta, Encik Norrazi Ismail.
Sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan ibu bapa membuktikan bahawa sukan sepak takraw kini kekal sukan popular dalam kalangan masyarakat.
"Terima kasih kepada pihak Astro kerana menganjurkan sepak takraw ini, saya sebagai ibu sangat mengalakkan anak saya untuk datang ke sini untuk mengembangkan bakat anak saya," tambah ibu peserta, Masmunaliza Ismail.
Must-Watch Video