Tugasan negara selepas ini pastinya berbeza buat Pemain Terbaik dan Tekong Terbaik CelcomDigi Champions Cup 2025, Haziq Hairul Nizam, apabila dia akan disertai gandingan mantapnya dari Negeri Sembilan Antlers, Zuleffendi Sumari dan Hafizul Hayazi.
Dalam temu bual ringkas Nadi Arena bersama Haziq pada Isnin, pemain berusia 24 tahun itu sangat senang dengan perkhabaran terbaharu itu dan mempercayai kehadiran kedua pemain yang disapa Pak Long dan John itu mampu membawa suntikan yang diperlukan pasukan kebangsaan yang ketika ini dibimbing ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun.
Aura positif yang menjadi cerminan kecemerlangan dan aksi konsisten Negeri Sembilan dalam beberapa musim kebelakangan ini, diakui Haziq yang memiliki ketinggian 1.98 meter.
Kelainan sudah mula dirasakan Haziq sebaik menyertai Negeri Sembilan pada 2021.
Ketika itu, dia merasakan kehadirannya sangat dialu-alukan, termasuk barisan pemain yang lebih senior seperti Zuleffendi dan Hafizul.
Ikatan yang terjalin antara pemain, jurulatih dan pihak pengurusan adalah perkara yang cukup istimewa dan sukar untuk digambarkan Haziq.
Mereka juga saling menyokong antara satu sama lain, dan suasana harmoni itu terbentuk dengan sendirinya.
Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan Haziq dalam mendukung watak utama bersama pasukan, sehinggalah kini mengintai peluang sebagai tonggak dalam pasukan kebangsaan, bersama-sama dua individu yang melengkapi langkahnya diatas gelanggang kompetetif.
Cabarannya kini adalah harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat sukan sepak takraw negara ke atas Haziq, Zuleffendi dan Hafizul - Apakah ketiga-tiga mereka masih mampu bersinar sekiranya tidak diletakkan sebagai trio ketika tugasan negara?