STL

Emas Anuar STL: Perak Bison benam Selangor Pistons dalam aksi sengit

Shaiful Shamsudin 24/09/2024 | 11:11 MYT
Grand Prix (GP) Terengganu minggu ini dimulakan dengan perlumbaan pembukaan Kumpulan D, Emas Anuar Sepak Takrawleague (STL) membabitkan pertemuan finalis Grand Prix (GP) Selangor, Perak Bison, yang dipaksa berkerja keras sebelum disahkan pemenang menerusi kemenangan tiga set ke atas Selangor Piston di Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi.
Dengan mempertaruhkan tekong tempatan, Meor Zulfikar Mat Amin, Perak Bison pada awalnya mudah mendominasi set pertama hasil kemenangan 15-11.
Namun, senario itu tidak memihak Perak dalam set kedua apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan set kedua 8-15.
Situasi itu secara tidak langsung meletakkan pemenang perlu ditentukan ke set penentuan dengan persembahan cukup dramatik.
Perak hanya perlukan satu mata sahaja untuk meraih kemenangan, Selangor kemudian menyamakan kedudukan 14-14 untuk pemenang memerlukan jurang tiga mata andai mahukan kemenangan.
Dan peluang ini segera digunakan Perak untuk langkah kanan dalam kempen pembukaan di Kuala Terengganu itu.
Perak mengesahkan kemenangan 17-14 untuk di kedudukan terbaik melangkah ke pentas suku akhir.
Sementara itu, Johor Tigris membuka akaun kemenangan dalam Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) dengan menjinakkan ATM Guardians.
Kedua-dua pasukan sebelum ini kemarau kemenangan dalam pusingan pertama STL Premier, Grand Prix (GP) Selangor, berakhir dengan kekalahan.
#Sepak Takraw #STL #Emas Anuar Sepaktakraw League
;