Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Terengganu Turtles tempuh jalan berliku sebelum atasi Perak Bison

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tt.jpg
Terengganu Turtles terpaksa menunggu sehingga set ketiga untuk mengesahkan kemenangan bertemu Perak Bison dalam pertembungan Kumpulan C Grand Prix Johor Emas Anuar Sepaktakraw League (STL).

Naib juara GP Terengganu itu menurunkan Zulkifli Razak selaku tekong, pengumpan, Zulhusni Basri, serta Aman Rosdi sebagai perejam yang menawan set pertama 6-2 tetapi Perak Bison mengukuhkan kedudukan berselang lima minit kemudian untuk terikat 13-13.




Kebangkitan itu tidak memberikan kelebihan buat Perak Bison sebaliknya menanggung kekalahan pertama 13-15 di tangan Terengganu Turtles.

Memasuki set kedua, perlawanan seakan menjadi berat sebelah apabila skuad kendalian Mohd Dzafril Anuar mempamerkan dominasi penuh untuk mengikat permainan 1-1 dengan meraih kemenangan 15-8.

Stadium Arena Larkin, Johor Bahru menyaksikan Terengganu Turtles bangkit daripada kekalahan lalu kepada Kuala Lumpur Thunder untuk mendaki tempat kedua selepas mengalahkan Perak Bison 15-13.

Advertisement

Must Watch Video