Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Terengganu Turtles buka peluang ke suku akhir atasi KPT-Masum Knights

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-turtles_1.jpg
Terengganu Tuttles membuka peluang ke suku akhir GP Selangor Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) apabila menewaskan KPT-Masum Knights 2-0 dalam perlawanan di Stadium Malawati, Shah Alam sebentar tadi.

Selepas tewas 1-2 kepada Penang Black Panthers dalam aksi pembukaan semalam, Turtles tiada pilihan selain meraih kemenangan dalam aksi kali ini untuk menghidupkan kembali peluang mereka.

Menyedari tugas itu, gandingan pemula yang dibarisi Teerapat Promnin (tekong), Zulhusni Basri (pengumpan) dan Khairul Aman Rosdi (perejam) mempamerkan aksi meyakinkan untuk Turtles mencatatkan kemenangan 17-15, 15-8 ke atas Knights.

Saingan Kumpuland D itu akan ditutup dengan aksi Knights menentang Black Panthers malam esok.
 

Advertisement

Must Watch Video