Selangor Pistons mengesahkan tempat ke separuh akhir Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) selepas menewaskan Sabah Mountaineers di Stadium Bukit Serindit, Melaka, sebentar tadi.
Skuad kendalian Noor Azman mudah menundukkan Sabah Mountaineers dalam set pertama 15-3 hasil daripada libasan tekong kebangsaan, Zuhri Zin.
Permainan terpaksa diheret ke set penentuan apabila pasukan lawan melakukan kebangkitan untuk menyamakan kedudukan 1-1 untuk menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.
Kemasukan Aizat Norazmi memberi impak segera buat Selangor Pistons menoktahkan kemenangan 15-9 dalam set ketiga untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir.
Selepas ini, Selangor Pistons akan menunggu pemenang daripada aksi suku akhir kedua iaitu PSM Mavericks atau Perlis Vipers.