Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Selangor Pistons hidupkan peluang dengan straight set

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emas-anuar-stl.jpg
Selangor Pistons dipaksa mengerah keringat apabila bertemu KPT-MASUM Knights dalam perlawanan kedua mereka dalam Grand Prix (GP) Terengganu, Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier di Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi. 

Set pertama menyaksikan KPT mendominasi serta mendahului sebelum meraih kemenangan tipis 17-16.

Selepas aksi set kedua berlangsung sengit, namun Selangor akhirnya sempat menjarakkan diri dengan mendahului 14-11. Tetapi hasrat itu hampir terbantut apabila KPT mengikat perlawanan dan seakan-akan mampu mengherat perlawanan sehingga set penentuan.




Begitupun, Selangor tidak mudah menyerah kalah dan kesilapan tekong KPT menghadiahkan mata kemenangan 17-14 kepada Selangor yang meraih tempat ketiga dalam pusingan pertama di tempat sendiri, bulan lalu bagi mencerahkan peluang ke suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video