Selangor Piston melangkah ke pusingan separuh akhir pertama selepas menewaskan Negeri Sembilan Antlers dalam aksi rubber set 2-1 saingan separuh akhir Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.
Selangor Pistons meletakkan Aizat Azmi (Tekong), Arif Badri (Apit Kiri), Ariff Daniel (Apit Kanan) dan Shahir Nasrudin pula membariskan Muhammad Haziq (Tekong), Zulefendi Sumari (Apit Kiri) dan Hafizul Hayazi (Apit Kanan).
Negeri Sembilan memberikan saingan sengit kepada anak buah Noor Azman Hamid selepas kembali mengejar Selangor hingga kedua-dua pasukan terikat 13-13.
Namun, Selangor melengkapkan mata pertama dengan kemenangan 15-13 dalam tempoh 26 minit.
Beberapa kesilapan pada minit akhir memberikan kelebihan buat Negeri Sembilan dimana ketika Selangor hampir melengkapkan kemenangan dengan satu mata akhir, Negeri Sembilan mengejar untuk sekali lagi mengikat kedudukan 15-15 sekali gus mengherat Selangor ke set penentuan dengan kemenangan 15-17.
Begitupun, Selangor kembali mendapatkan momentum terbaik dengan semangat juang yang tinggi dalam set penentuan untuk mendominasi perlawanan untuk melakar kemenangan 15-10.
Selangor Pistons bakal berdepan saingan daripada Kuala Lumpur Thunder dalam aksi separuh akhir pertama esok.
Saufi Tahir
Sat Sep 14 2024