Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Safawi Rasid ajak semua peminat datang penuhkan Stadium Tertutup Gong Badak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pawi.jpg
Siri jelajah Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2024 kini diteruskan di Terengganu yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, bermula dari 24 hingga 28 September ini selepas GP Selangor dua minggu lalu. 

Pemain kebangsaan, Safawi Rasid, turut menggunakan kesempatan tersebut untuk melihat sukan sepak takraw selain menggamit kenangannya sebagai seorang bekas pemain mewakili negeri Terengganu.

"Sama seperti sebelum ini ketika di Johor, saya juga tidak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan STL di Terengganu.

"Saya berasa terharu kerana Astro memilih Terengganu sebagai destinasi kedua mengadakan sukan sepak takraw.

 
"Penyokong-penyokong  di setiap negeri berpeluang melihat kejohanan besar seperti STL ini dan semua dijemput hadir datang memberikan sokongan di samping dapat mengubati kerinduan saya juga.

"Kepada peminat Terengganu Turtles dan STL, jangan lupa datang beramai-ramai di Gong Badak bermula 24 hingga 28 September ini untuk sokong pasukan kita," katanya.

   

Advertisement

Must Watch Video