Sabah Mountaineers muncul juara Kumpulan C saingan Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) apabila mudah menundukkan Penjara Enforcers 2-0 di Stadium Bukit Serindit, Melaka sebentar tadi.
Membariskan Saufi Edul (tekong), Sobrie Samsudin (pengumpan) dan Jaxon Amputong (perejam), pasukan Negeri di Bawah Bayu itu tidak berdepan masah untuk mencatatkan kemenangan mudah 15-11, 15-7.
Terdahulu, Mountaineers menundukkan Putrajaya Cyborg 15-10, 15-8 dalam aksi pertama semalam, sekali gus sah layak ke suku akhir selaku juara kumpulan.
Enforcers, dalam pada itu, akan berdepan Cyborg dalam aksi terakhir esok bagi perebutan satu lagi tempat ke suku akhir.
Muzaffar Musa
Tue Aug 27 2024