Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor (PSS), Datuk Ahmad Zafri Suleiman, menaruh kepercayaan penuh kepada Selangor Pistons untuk mengekalkan ketekalan bagi mengharungi baki dua Grand Prix (GP) Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Divisyen Premier 2024.
Tanpa berselindung, Ahmad Zafri mengakui tidak menjangkakan skuad kendalian Noor Azman Abdul Hamid itu mampu muncul sebagai salah sebuah pasukan pencabar meskipun baru dinaikkan pangkat ke saingan premier selepas muncul naib juara divisyen 1.
Dengan komitmen serta kerja keras pihak pengurusan dan barisan pemain Selangor Pistons, dia optimis bahawa adalah tidak mustahil untuk mereka menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik, sekali gus meraih slot ke pentas Champions Cup STL , November depan.
Selepas mengharungi tiga GP, Selangor Pistons meraih kedudukan ketiga dalam pusingan pertama di tempat sendiri selain muncul naib juara dalam GP Perak, minggu lalu.
"Saya telah amanatkan dan pencapaian mereka di luar jangkaan.
"Saya minta pemain terus tekal dan amat yakin dalam dua GP terakhir, kami akan dapat keputusan baik. Kami juga mara ke final GP Perak.
"Semua bahagian termasuk pemain memang (telah tunjukkan prestasi yang) amat baik.
"Saya juga amat berpuas hati, kalau ada rezeki kami mungkin capai keputusan yang lebih baik pada kali ini," katanya di Nadi Arena.