Perlis Vipers akan bertemu Selangor Pistons dalam perlawanan separuh akhir Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) selepas menewaskan PSM Mavericks di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, sebentar tadi.

PSM Mavericks yang dibarisi oleh Adam Haikal, Fazaril dan Wazir terlebih dahulu membuka aksi dengan kemenangan set pertama 15-13 sebelum diberi tentangan sengit oleh Perlis Vipers.



Skuad kendalian Mohd Tajuddin melakar kebangkitan bergaya dalam set kedua 15-7 untuk membawa permainan ke aksi penentuan bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Meskipun kedua-dua pasukan memberikan cabaran seimbang, namun kekuatan yang dimiliki Perlis Vipers tidak mudah disangkal apabila mengakhiri perlawanan dengan jurang sebanyak tiga mata untuk melepasi halangan PSM Mavericks.