STL

Emas Anuar STL: Perlawanan ujian empat penjuru medan ukur, intai seteru

Shaiful Shamsudin 03/09/2024 | 10:16 MYT
Skuad KPT Masum Knights mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru pada Isnin lalu dengan menjemput skuad Bomba Fighter, Perak Bison dan juga PDRM Defender untuk uji dan menambah baik pasukan sebelum grand prix pertama Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) 2024 Divisyen Premier di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor bermula Rabu depan.
Tiga pasukan bersaing sengit tetapi kelebihan set akhirnya menjadi pemisah apabila meletakkan KPT Masum Knights sebagai juara diikuti Perak Bison dan Bomba Fighter, manakala PDRM Defenders di kedudukan tercorot setelah tewas kesemua perlawanan.
"Saya mahu lihat persiapan selain uji ketahanan pasukan lawan dan kami sendiri," kata penolong pengurus KPT Masum Knights, Eddy Shahriza Jamien.
Dalam pada itu, juara STL musim lalu, Perak Bison memiliki agenda tersendiri untuk memantapkan prestasi kali ini dan dalam masa sama mempertahankan kejuaraan liga menerusi perlawanan ujian ini.
"Kami dapat jimatkan masa dan logistik untuk hadapi dua perlawanan ini di Kuala Lumpur.
"Kami dapat uji semua pemain import selain dapat mengintai pemain import lawan.
"Ini satu perlawanan ujian yang baik untuk keempat-empat pasukan," kata pengurus Perak Bison, Mohd Jaffrey Mohd Zainol.
#Sepak Takraw #STL #Emas Anuar Sepaktakraw League
;