STL

Emas Anuar STL: Perak Bisons akan berentap bersama KL Thunders di pentas akhir

Najmi Iman 15/09/2024 | 06:46 MYT
Perak Bisons mengiringi Kuala Lumpur Thunders ke perlawanan akhir Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) selepas melakar kebangkitan sensasi menewaskan PDRM Defenders di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.
Skuad kendalian Khalid Alias terlebih dahulu memimpin permainan apabila bermula dengan cemerlang mendapatkan mata permulaam 15-7 untuk dalam set pertama.
Pun begitu, Perak Bisons tidak mengaku kalah tatkala mendominasi aksi separuh akhir tersebut dengan jurang 10 mata untuk mengikat kedudukan 1-1 seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.
Meskipun kedua-dua pasukan memberikan saingan sengit namun, kelebihan memihak kepada Perak Bisons apabila mengambil peluang tidak melakukan sebarang kesilapan untuk memenoktahkan kemenangan 15-6 dalam set ketiga untuk mara ke pentas akhir.
PDRM Defenders pula akan bertemu Selangor Pistons dalam penentuan tempat ketiga yang akan berlangsung malam ini.
#Sepak Takraw #STL #PDRM Defenders #Emas Anuar STL #Perak Bisons
;