Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Perak Bison tewaskan Selangor Pistons untuk ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak.jpg
Perak Bison menempah slot ke suku akhir selaku juara Kumpulan B selepas menewaskan Selangor Pistons dalam aksi rubber set 12-15,17-15,15-6 saingan Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.

Selangor Pistons membariskan  Aizat Azmi (Tekong), Arif Badri (Apit Kiri) dan Nonthanan Sombatlay (Apit Kanan) manakala Perak Bison kekal dengan pemain sama iaitu Kritsada Sungvung (Tekong), Asyraaf Hadi (Apit Kiri) dan Madzrul Aziq (Apit Kanan).

Anak buah Azman Hamid bermula dengan langkah kanan dalam aksi set pertama walaupun diberikan tentangan sengit oleh pasukan lawan untuk menang 15-12 dalam tempoh 20 minit.

Perancangan untuk membawa masuk Zuhri Zain menggantikan Aizat Azmi dalam set kedua tidak membuahkan hasil buat Selangor Pistons.

Walaupun Selangor mengikat pasukan lawan 14-14 tetapi anak buah Dzafril Anuar jelas lebih agresif untuk mengheret ke set penentuan dengan kemenangan 17-15.

Rentak kemenangan itu diteruskan Perak Bison dalam set penentuan sekali gus mendahului Selangor dengan jurang 9 mata. Perak terus memanfaatkan kerapuhan benteng pertahanan Selangor dan memastikan slot suku akhir menjadi milik Perak Bison dengan kemenangan 15-6 dalam tempoh 1 jam 10 minit secara keseluruhannya.
 

Advertisement

Must Watch Video