Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Perak Bison sedia pertahan kejuaraan musim lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stl.jpg
Menjelang pembukaan Divisyen Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2024 Grand Prix (GP) Sirkit 1, Perak Bison sudah menunjukkan kebersediaan terhadap musim baru demi meneruskan kecemerlangan sejak edisi lalu.

Menurut pengurus pasukan, Mohd Jaffrey Mohd Zainol, persiapan pasukan menuju saat akhir tatkala sudah memulakan latihan sejak bulan lalu sambil menjelaskan pemain-pemainnya sedang mencari keserasian sebelum bermula.




Di samping sedang membina skuad yang utuh, apit kanan pasukan, Madzrul Aziq Mat Tahir, menjelaskan bahawa tekanan sentiasa ada dikala mahu mempertahankan kejuaaran selain ingin menerapkan keseimbangan terhadap penambahan pemain baru yang menjadi ramuan terbaik skuad Perak Bison.

Advertisement

Must Watch Video