Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Perak Bison akhiri cabaran KPT-Masum Knights dalam Kumpulan D

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-bison.jpg
Semangat finalis Grand Prix (GP) Selangor, Perak Bison, selaku finalis terus membara dalam dengan menepati ramalan mara ke pusingan suku akhir Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier selaku juara Kumpulan D!

Mereka mempertaruhkan kudrat tekong import -- Kritsada Sungvung sementara Noraizat Nordin selaku apit kanan dan apit kiri, Aidil Aiman Azwawi, Bison dilihat pasukan pilihan ketika berdepan KPT-Masum Knights dalam GP Terengganu di Stadium tertutup Gong Badak, sebentar tadi. 




Bagaimanapun, Knights bukanlah calang-calang lawan dan pasukan kendalian Rul Amri Hashim itu tampil cukup luar biasa untuk mendahului set pertama 10-7.

Mujur Bison kembali mengejar ditambah ketepatan Kritsada dalam mematikan bola memberikan kemenangan set pertama 15-12.

Enggan memberi muka buat sebarang kebangkitan Knights, Bison menyerlah keupayaan terbaik dalam set kedua apabila jauh mendahului 10-1 sebelum mengakhiri kempen Knight minggu ini menerusi kemenangan 15-10. 





 

Advertisement

Must Watch Video