Penang Black Panthers tiada masalah untuk mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan KPT-Masum Knight dalam aksi straight set 15-6,15-11, saingan Kumpulan D Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.
Tempoh 37 minit diperlukan Penang dengan Ikhwan Syafiq (Tekong) menjadi watak penting untuk menghukum pasukan lawan yang bijak melakukan servis ace dalam mencuri mata berharga.
Zaim Razali (Apit Kiri) dan Komkrit Kaewkhamjan (Apit Kanan) turut memainkan peranan dari aspek pertahanan dan serangan untuk menewaskan pasukan KPT-Masum 15-6 dan seterusnya dalam set kedua 15-11.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan cabaran anak buah Rul Amri yang dibarisi Amar Roslan (Tekong), Haikal Huzaimi (Apit Kiri) dan Amir Syahiran (Apit Kanan) terhenti dalam peringkat kumpulan.
Saufi Tahir
Fri Sep 13 2024