PDRM Defenders meraih tempat ketiga selepas mengalahkan juara tiga kali Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier, Penang Black Panthers 2-0 di Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi.
Trio yang ditunjangi Siwatbancha Seekhwa serta kembar, Shahalril Aimin Halim dan Shahalril Aiman Halim garang merampas penguasaan set pertama untuk mendahului 12-7 dalam Grand Prix (GP) Terengganu.
Penang hanya mampu memungut satu mata lagi sahaja sebelum tiga mata berturut-turut memastikan kemenangan milik PDRM, ibarat pertemuan suku akhir GP Selangor.
Skrip sama berulang dalam set kedua apabila PDRM mengekalkan momentum mereka untuk mendahului 11-9 sebelum drama menyusul.
Bantahan Penang tidak diterima dan apabila perlawanan bersambung dan PDRM dengan pantas memungut tiga mata yang diperlukan untuk mengesahkan tempat ketiga.