STL
Emas Anuar STL: PDRM Defenders gagalkan hasrat Kelantan Warriors
Meskipun diperkuat oleh beberapa pemain baru seperti Worapat Kaewtawatwiset yang bergandingan bersama Adli bakar dan Haikal Jamil, Kelantan Warriors tidak mampu menghalang kekangan PDRM Defenders yang meraih kemenangan bersih 15-11, 15-17.
Perlawanan ketiga hari pertama saingan Grand Prix (GP) Penang, Emas Anuar liga Sepak Takraw (STL) itu menyaksikan Defenders menguasai permainan di set pertama sebelum memperoleh mata pertama aksi sebagai kelebihan menuju set kedua.
Memasuki set kedua, permulaan seimbang membawa kepada kedudukan 8-8 sebelum Kelantan Warriors memimpin permainan.
Iklan
Kekecohan tercetus tatkala servis Worapat yang sepatutnya memberi mata kemenangan 15-13 dibatalkan pengadil selepas challenge dibuat Defenders.
Pertukaran tekong yang memasukkan Hisyammuddin Nazri menggantikan Syahmi Hussin jelas memberi tonik tambahan untuk menoktahkan kemenangan 15-17.
Must-Watch Video