Negeri Sembilan Antlers hanya memerlukan dua set untuk menoktahkan kemenangan penentuan tempat ketiga/keempat dalam saingan GP Penang Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) di Spice Arena sebentar tadi.
Trio NS Antlers, yang dibarisi Haziq Nizam, Fame Jalil dan Hafizul Hayazi menampilkan corak permainan yang cukup luar biasa dalam saingan kali ini.
Set pertama kelihatan seimbang, apabila kedua-dua pasukan terikat 11-11, kesilapan Terengganu memberikan kemenangan buat NS Antlers 15-11.
Kehadiran Zulkifli Razak yang bergandingan bersama Zulhusni Basri dan Aman Rosdi dalam set kedua buat Terengganu menyaksikan mereka mengintai peluang untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Namun selepas mengejar sehingga kedudukan 6-8, kesilapan demi kesilapan sekali lagi memberi resah kepada Terengganu.
NS Antlers pantas mendahului 11-6, sebelum Terengganu boleh mencuri satu lagi mata.
Ia ternyata malam NS Antlers yang mengekalkan aksi cemerlang sehingga tamat perlawanan sekaligus merekodkan kemenangan 15-8.