Jurulatih Selangor Pistons, Noor Azman, berasa teruja apabila dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Divisyen 1 STL selepas berjaya membawa Selangor Pistons muncul naib juara, minggu lepas.
Dia juga menasihati para pemainnya agar sentiasa memandang pasukan lawan sama rata dan kurangkan melakukan kesilapan ketika beraksi di dalam gelanggang.
"Saya pertama kali jadi jurulatih, ini cabaran buat saya. Saya rasa teruja diberikan tugas yang berat ini.
"Saya tidak sangka dapat jadi jurulatih terbaik kerana tugas saya untuk bawa pasukan naik divisyen. Dalam pada itu, pihak pengurusan dan pemain-pemain yang bekerja keras.
"Perancangan saya adalah kami tidak melihat pasukan pilihan lain sebagai cabaran kerana kami setaraf, kurangkan kesilapan dan peluang akan sama rata. Itu nasihat saya kepada pemain.
Dalam pada itu, Apit Kiri Selangor Pistons, Muhammad Arif Badri, pula mengakui banyak cabaran yang perlu dihadapi pasukannya sebelum berjaya memacu pasukan layak ke Liga Premier STL.
"Saya gembira kerana kami pernah turun divisyen sebelum ini, dengan kemelut persatuan kami keluar dan dua tahun di divisyen bawah. Tahun ini apa yang dirancang berlaku, sasaran untuk naik divisyen tercapai." katanya di Nadi Weekend.
Saufi Tahir
Sun Sep 01 2024