Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Negeri Sembilan Antlers tewaskan Perak Bison, juarai Kumpulan A

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neegri.jpg
Negeri Sembilan Antlers menewaskan Perak Bison dalam aksi rubber set 15-12,9-15,15-13 untuk muncul juara Kumpulan A GP Penang Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) di Arena Spice Pulau Pinang, sebentar tadi.

Dzafril Anuar mempertaruhkan barisan terbaiknya seperti Meor Zulfikar (tekong), Aidil Aiman (pengumpan), dan Treepong Rawangpai (pengumpan). Manakala, Negeri Sembilan Antlers pula membariskan Hisham Mat (tekong), Zulefendi Sumari (pengumpan), dan Tewleb Makeh (perejam).








Perak Bison bermula garang dalam set pertama sebelum anak buah Shahir Nasrudin merapatkan jurang kedudukan untuk terikat 12-12 sekali gus menjadi langkah permulaan buat Negeri Sembilan menamatkan aksi dengan kemenangan 15-12.








Namun, Perak kembali mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan kemasukan perejam negara, Noraizat Nordin, menjadi kunci utama kejayan skuad Yob untuk mengheret Negeri Sembilan ke set penentuan dengan menang 15-9. 

Set penentuan pula menyaksikan aksi sengit kedua-dua pasukan yang tidak mahu ketinggalan mata dengan jauh, malah ketajaman libasan Hafizul Hayazi memastikan Negeri Sembilan muncul juara Kumpulan A dengan kemenangan 15-13 dalam tempoh 36 minit. 
 

Advertisement

Must Watch Video