STL

Emas Anuar STL: Melaka Titans terus lakar kemenangan

Ammar Hakim 03/02/2022 | 12:25 MYT
Melaka Titans dalam rekod cemerlang apabila berjaya melakar kemenangan kepada PDRM Defenders dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw Divisyen 1, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan Melaka mendominasi di awal perlawanan dengan kelebihan empat mata ke atas PDRM.
Namun PDRM berjaya menyamakan kedudukan 7-7 pada satu ketika, hanya untuk Melaka melebarkan kelebihan mereka kepada 15-11.
Selepas pertarungan 25 minit, Melaka memenangi set pertama 21-16.
Permulaan set kedua lebih sengit kerana kedua-dua pasukan saling bertukar ganti sebagai pendahulu dengan berkelebihan satu mata sahaja.
Namun PDRM berjaya mencari ruang untuk mendahului 14-9 sebelum menamatkan saingan 21-12 di set kedua, sekaligus memaksa set penentuan.
Kedua-dua pasukan benar-benar mahu mencari kemenangan apabila terikat 12-12 namun kesilapan trio PDRM jelas menghadiahkan mata demi mata kepada Melaka yang mengesahkan kemenangan mereka 21-18.
Keputusan lain:
SSC HUNTERS 2 SABAH MOUNTAINEERS 1
LABUAN DRILLERS 2 TERENGGANU TURTLES 1
;