Kelantan Warriors dinobatkan sebagai juara Divisyen 1 Liga Sepak Takraw (STL) 2024 selepas menewaskan Selangor Pistons dalam aksi rubber set 15-21,15-17,10-15 di Stadium Bukit Serindit, sebentar tadi.
Kejuaraan wakil Pantai Timur itu dibarisi Purached Yoosaen (Tekong), Adli Bakar (Apit Kiri) dan Haikal Jamil (Apit Kanan) terpaksa ditentukan menerusi set penentuan apabila Berjaya mengherat Selangor Pistons dengan kemenangan dalam set kedua.
Begitupun, Kelantan memberikan aksi sengit dalam set penentuan dengan corak perlawanan yang agresif untuk menang 15-10 untuk muncul juara setelah dua tahun gagal berada dalam senarai terbaik Liga Premier.
Dalam satu lagi aksi penentuan ketiga dan keempat menyaksikan wakil tuan rumah tewas kepada Perlis Vipers 15-8,15-11.
Kedua-dua pasukan akan beraksi di Liga Premier STL.
Saufi Tahir
Fri Aug 30 2024