Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Kelantan Warriors buat Labuan Drillers tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-warriors.jpg
Kelantan Warriors mudah meraih kemenangan 2-0 ke atas Labuan Drillers dalam saingan Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Bukit Serindit, Melaka sebentar tadi.

Membariskan Siwakorn Thakanha (tekong), Adli Bakar (pengumpan) dan Haikal Jamil (perejam), Warriors tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 15-10, 15-7.

Keputusan itu menyaksikan Drillers gagal ke suku akhir selepas tewas 4-15, 10-15 kepada Selangor Pistons semalam.

Warriors akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan bertemu Pistons esok bagi merebut tempat sebagai juara kumpulan.

 

Advertisement

Must Watch Video