STL
Emas Anuar STL: Hasrat Johor Tigris ke suku akhir tidak kesampaian, tewas kepada Kelantan Warriors
Selepas kecewa di Grand Prix Selangor, hasrat Johor Tigris untuk melangkah ke suku akhir buat kali pertama dalam Grand Prix (GP) Terengganu, Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier terpaksa ditunda lagi ekoran kekalahan straight set kepada Kelantan Warriors, sebentar tadi.
Aksi Kumpulan A itu menyaksikan Kelantan mendahului set pertama 15-12 meskipun diberikan saingan sengit oleh skuad Selatan Tanah Air itu.
Kehampaan itu berterusan buat Johor Tigris yang ketinggalan jauh 3-10 dalam set kedua sebelum disingkirkan oleh Kelantan 15-6 untuk mengiringi ATM Guardians ke peringkat seterusnya.