Wakil Thailand, Royal Thai Air Force, menyenaraikan barisan ampuh untuk membawa cabaran dalam Emas Anuar Sepaktakraw League (STL): Champions Cup.

Antaranya tekong, Siriwat Sakha, dan Pichet Pansan yang sininom dalam kancah sepak takraw di negara Gajah Putih itu.

Selain itu, Royal Thai Air Force yang akan kempen bertemu Selangor Pistons di Serdang, Rabu depan, turut membawa Wichan Temkort, Nichakul Seehakai dan Phutawan Sapa.




Tiga lagi pasukan undangan yang akan berentap dalam Emas Anuar Champions Cup yang bermula depan ialah MGPC Singapore, STFI-India Fighters dan Garuda Sepaktakraw Indonesia.