Amirul Zazwan menjelaskan keinginan KL Thunder untuk mengejar gelaran STL Champions Cup dalam saingan kali ini.

KL Thunder berada dalam kelas tersendiri apabila melakar kemenangan dalam setiap lima kejuaraan GP yang dimenangi.

Walaupun dalam kelas tersendiri, apabila mereka melangkah ke pentas STL Champions Cup, mereka bakal berdepan empat pasukan dari luar negara dan ia menjadi semangat untuk mereka memastikan kejuaraan apabila berdepan lawan yang di peringkat antarabangsa.

"Kami tekad untuk memastikan kejuaraan, beraksi dalam pentas Champions Cup, ini boleh dianggap mewakili negara. Kami akan cuba membawa aura yang sama dalam saingan GP sebelum ke pentas antarabangsa," kata Amir.

Tekong KL Thunder, Syahir Rosdi pula berkongsikan, "Saya menjangkakan perlawanan yang sengit daripada aksi pertama nanti, saya mahu cuba melakukan yang terbaik untuk KL Thunder serta membawa nama baik nama negara."