Kuala Lumpur (KL) Thunder menewaskan Garuda Sepaktakraw 2-0 dalam perlawanan kedua Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Champions Cup 2024 di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.

Juara STL 2024 tidak berdepan masalah untuk menang mudah 15-5 dalam set pertama selepas lawan daripada Indonesia itu banyak melakukan kesilapan mudah dengan Redwan Hakim membalas kepercayaan Rosli Rahman apabila dia diletakkan dalam trio permulaan.






Walaupun Garuda cuba untuk memberi saingan dengan memperkemaskan corak perlawanan dalam permulaan set kedua, tetapi sukar menandingi ketajaman Syahir Rosdi selaku tekong untuk memastikan KL Thunder menang 15-5 dalam tempoh 26 minit perlawanan.

Wakil negara itu kini mendahului kedudukan carta Kumpulan H selepas melakar dua kemenangan dalam dua perlawanan manakala Garuda Sepaktakraw di kedudukan ketiga.