STL
Emas Anuar STL: ATM Guardians buat Johor Tigris merana
ATM Guardians memastikan kemenangan 2-0 ke atas Johor Tigris dalam aksi GP Penang Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) di Spice Arena, sebentar tadi.
Skuad bimbingan bekas pengendali kebangsaan, Jamaluddin Hassan, berdepan kekalahan kepada ATM.
Tidak seperti aksi pembukaan GP Penang yang menyaksikan Johor mudah mengatasi Bomba Fighters, aksi ketiga pada hari ketiga kejohanan memerlukan trio Johor yang turut dibarisi pemain berpengalaman, Farhan Adam perlu bekerja keras, sebelum akur tewas set pertama, 15-10.
Iklan
Ada sinar kebangkitan daripada Johor di set kedua yang cuba mengejar ATM yang ditunjangi tekong muda, Ikmal Hakimi.
Johor turut membuat pertukaran di posisi tekong dengan memasukkan import Thailand, Udomsak Nakhowong, untuk memperkemaskan lagi permainan ketika ketinggalan 5-9.
Bagaimanapun sebaliknya yang berlaku, ATM yang terus menyalaaaaa memaksa Johor akur tewas 15-11 menerusi servis Udomsak yang tersangkut di jaring.
Must-Watch Video