STL
Emas Anuar STL: Apa-apa boleh terjadi dalam sepak takraw -- Tekong KPT-Masum Knights
Selepas tersingkir di peringkat kumpulan GP Selangor Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL), KPT-Masum Knights berhasrat untuk kembali memberikan saingan setimpal menjelang pusingan seterusnya iaitu GP Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, minggu depan.
Permulaan hambar menyaksikan Kinghts yang tewas kepada Penang Black Panthers dan Terengganu Turtles dalam saingan Kumpulan D, perbincangan telah dilakukan sambil melibatkan persiapan terhadap perlawanan seterusnya untuk menutup kelemahan dan mengetahui kekuatan pasukan.
"Satu pasukan tidak berpuas hati terhadap prestasi sebelum ini sambil tidak dapat mempamerkan aksi yang baik.
"Di GP Terengganu, kami mahu melakar kejutan berdepan lawan masing-masing," kata apit kiri, Muhd Aiman Hakim.
Jurulatih Kinghts, Ahmad Sufi, menjelaskan bahawa kekurangan sebenar pasukannya ialah daripada segi bertahan kerana tidak mampu mengekang asakan selain tiada kawalan bola yang baik.
Secara peribadi, Sufi mahu setiap pemain mempamerkan semangat juang tinggi tanpa perlu ada sifat takut menentang pemain berkualiti meskipun bakal berdepan Selangor Pistons dan naib juara GP Selangor, Perak Bisons.
"Dalam sukan sepak takraw apa-apa perkara boleh terjadi dan saya rasa tiada masalah untuk membantu pasukan melakukan kebangkitan," kata tekong, Najmi Syafiq.