Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar ST: Perak Bison terus hangatkan perebutan kejuaraan benam Sabah Mountaineers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah-mountaineers-vs-perak-bison.jpg
PERAK BISON 2 SABAH MOUNTAINEERS 0

Perak Bison kembali menghangatkan perebutan kejuaraan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) apabila membenam Sabah Mountaineers 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi

Selepas tergelincir satu anak tangga berikutan kemenangan 2-1 Kuala Lumpur Thunder ke atas Mountaineers semalam, Bison kembali ke tangga teratas dengan kemenangan secara set langsung ke atas lawan sama hari ini.

Membariskan, Jakkrit Thinbangbon (tekong), Aidil Aiman Zawawi (pengumpan) dan Noraizat Nordin(perejam), Bison mempamerkan aksi dominan untuk mencatatkan kemenangan mudah 21-12, 21-8.

Kemenangan itu menyaksikan perebutan kejuaraan divisyen perdana musim ini masih terbuka dan akan ditentukan dalam saingan hari terakhir liga esok.

Bison kini mengumpul 26 mata, jumlah mata yang sama dengan KL Thunder, tetapi kini menduduki tangga teratas berdasarkan perbezaan set kemenangan.
 

Advertisement

Must Watch Video