Negeri Sembilan Antlers mencipta kejutan terbesar apabila menyingkirkan juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL), ATM Guardians, untuk ke separuh akhir Piala Juara-Juara STL sebentar tadi.
Dalam aksi di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru itu, Antlers mencipta sensasi dengan menewaskan Guardians 2-0, sekali gus mengiringi Johor Tigirs ke separuh akhir daripada Kumpulan A.
Membariskan Zulefendi Sumari (pengumpan), Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Hafizul Hayazi Adnan (perejam) sebagai trio permulaan, Antlers bermula baik untuk memenangi set pertama 21-14.
Guardian cuba bangkit dalam set kedua tetapi percaturan mereka ternyata sudah terlambat untuk akur melepaskan sot ke separuh akhir dengan kekalahan 21-23.
Selaku juara Kumpulan A, Tigris akan berdepan naib juara Kumpulan B, Melaka Titans, manakala Antlers pula akan berdepan Kuala Lumpur Thunder dalam separuh akhir Jumaat ini
Muzaffar Musa
Wed Mar 23 2022