Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar Divisyen 1 STL: Melaka Titans, KPT-MASUM Knights bintangi aksi final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpt-masuk-stl.jpg
Melaka Titans dan KPT-MASUM Knights dan Melaka Titans hanya tinggal selangkah lagi untuk menentukan juara Emas Anuar Divisyen 1 Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 apabila mengetepikan lawan masing-masing. 

Acara kemuncak itu menyaksikan dua wakil Kumpulan A berkenaan akan sekali lagi mengadakan perhitungan di Stadium Titiwangsa, malam esok, secara tidak langsung layak ke saingan utama pada musim depan selain Piala Juara-Juara, hujung musim ini. 

Kedah Eagles jelas bukan tandingan Melaka apabila tersungkur 17-21, 9-21.

Mereka gagal menjadikan kejayaan membenam Pahang Mammoth semalam sebagai bekalan yang menyaksikan Amer Nazirul Farhan tidak mengekalkan posisinya di bahagian tekong. 




Justeru, ketua jurulatih Melaka, Riduan Ramli, bukan sahaja gembira berpeluang menebus kekalahan di peringkat kumpulan, malah anak buahnya dilihat dalam rentak terbaik.

"Kami mengharungi dua perlawanan sehari ketika bertemu KPT-MASUM sebelum ini. 

"Inilah peluang untuk kami buktikan kemampuan dan kekuatan sebenar pasukan. 

“Semangat pemain tinggi dan momentum juga cantik,” katanya sebentar tadi. 

Sementara itu, KPT-MASUM mengatasi segala keperitan dibayangi krisis kecederaan apabila petang tadi hanya mampu menurunkan tiga pemain sahaja hari ini apabila Mustaqim Zainordin, memainkan peranan sebagai apit kiri untuk Najmi Syahfiq Anuar di bahagian tekong sambil ditemani pelibas, Amir Syahiran Fuzi. 

Tetapi mereka mempamerkan semangat juang luar biasa sebelum menang mudah dalam set penentuan untuk mara dengan keputusan 24-25, 22-20, 21-8.

Tempat ketiga di antara Labuan dan Kedah pula diadakan jam 5.30 petang esok. 
 

 

Advertisement

Must Watch Video