Negeri Sembilan Antlers mencipta kejutan dengan menewaskan juara GP Terengganu 2-0 di Grand Prix (GP) Negeri Sembilan, Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Stadium N9 Arena, Nilai, sebentar tadi.
Set pertama bermula sengit antara kedua-dua pasukan hingga terikat 14-14, namun Negeri Sembilan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menoktahkan kemenangan 17-15 dalam tempoh 32 minit.
Negeri Sembilan meneruskan momentum dalam set kedua dengan corak permainan yang lebih kemas, malah Haziq Nizam menjadi watak utama untuk menewaskan Melaka 15-9 yang bergelut dengan servis yang kerap kali terkandas dalam tempoh 54 minit secara keseluruhan.
Untuk rekod, Negeri Sembilan menjadi pasukan kedua yang menewaskan Melaka selepas Terengganu Turtles.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Selangor Pistons terpaksa akur tewas kepada Johor Tigris menerusi aksi straight set 9-15,13-15.
Saingan hari kedua GP Negeri Sembilan akan diteruskan esok bagi peringkat kumpulan.