STL
CelcomDigi STL: Tuan rumah, Negeri Sembilan Antlers mara ke final tanpa sebarang pertukaran pemain
Perlawanan mudah buat tuan rumah, Negeri Sembilan Antlers, yang berjaya mara ke final selepas menewaskan Perak Bison 2-0 dalam kancah Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Negeri Sembilan, sebentar tadi.
Shahir Nasrudin kekal mempertaruhkan trio utama iaitu Haziq Nizam (Tekong), Hafizul Hayazi (Apit Kanan) dan Zulefendi Sumari (Apit Kiri).
Gandingan tiga pemain itu menjadi sandaran peminat yang tidak putus memberikan sokongan, sekali gus menjadi saksi kemenangan juara STL Champions Cup itu di N9 Arena, Nilai.
Iklan
Keputusan 15-7, 15-8 cukup membawa Antlers ke aksi akhir yang akan bertemu juara Kumpulan A, Johor Tigris, esok.
Must-Watch Video