Terengganu Turtles melakar kemenangan bergaya selepas menumbangkan Bomba Fighter 2-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Grand Prix Negeri Sembilan, Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Stadium N9 Arena, Nilai, sebentar tadi.
Tekong Terengganu, Zulkifli Abdul Razak serta perejam, Khairol Zaman Zamir Akbar, menjadi watak penting dalam set pertama dengan kemenangan 15-9 dalam tempoh 20 minit.
Momentum itu diteruskan dalam set kedua selepas Terengganu mempamerkan dominasi ke atas Bomba yang kerap melakukan kesilapan mudah untuk tewas 8-15 kepada skuad kendalian Faisal Muhamad.
Aksi fasa kedua akan diteruskan sebentar lagi antara Selangor Pistons lawan Johor Tigris bagi saingan kumpulan A, dan wakil tuan rumah akan turun berdepan juara GP Terengganu iaitu Melaka Titans pada sebelah malam.