Perejam berpengalaman negara, Azlan Alias, sudah tidak sabar untuk beraksi meskipun menderita kecederaan retak tulang di tangan kirinya dalam perlawanan akhir acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF lalu.
Azlan Alias akan bersama pasukan baru, Melaka Titans, untuk membawa skuad tersebut ke kancah utama Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) selepas perlu mengharungi Division1 bermula minggu hadapan.
Difahamkan, bekas pemain Kuala Lumpur Thunder itu akan berehat selama dua bulan dan akan terlepas saingan yang akan berlangsung 28 Mei ini.
"Dengan keadaan dan tubuh badan sendiri, saya rasa tidak sampai dua bulan saya akan kembali," katanya di Nadi Weekend.