Meskipun kehilangan beberapa nama besar yang mengambil keputusan untuk membawa haluan baharu musim ini, Kuala Lumpur (KL) Thunder telah membuktikan mereka mampu kekal sebagai antara kuasa besar dalam kancah Liga Sepak Takraw (STL).
Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sumali Reduan, ternyata berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang ditampilkan kelab itu dalam saingan musim ini.
Lebih membanggakan Sumali, kematangan persembahan beberapa pemain muda antaranya tekong, Zarif Marican Ibrahim Marica, perejam, Redwan Hakim Muhammad, selain sumbangan besar tonggak import kelahiran Thailand, Aekasit Naphom dan juga pengaruh kapten pasukan, Amirul Zazwan Amir.
Tegasnya lagi, pihak pengurusan PERSEWIP akan terus menggilap bakat pemain muda yang bukan sahaja mampu mewakili kelab, malah juga berpotensi untuk diserap ke skuad kebangsaan pada masa akan datang.
Untuk rekod, Thunder menamatkan kempen divisyen Premier di kedudukan kedua terbaik dengan kutipan 130 mata di samping naib juara Celcom Digi Champions Cup selepas terpaksa akur tewas kepada Negeri Sembilan Antlers di final.
"Alhamdulillah. Walaupun dibarisi pemain berbeza daripada tahun lalu, Thunder dapat mengekalkan momentum dan merupakan antara pasukan terbaik.
"Apabila kita memberi peluang untuk bermain sepenuhnya melibatkan pemain simpanan, mereka menerima pengalaman dan pendedahan sewajarnya," katanya di Nadi Arena.