Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: 'Sheriff' sampai teriak bangga tonton Perak Bison juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zulariffin.jpg
Artis terkemuka tanah air,  Zulkifli Ariffin (Zul Ariffin), mewarnai hari terakhir saingan CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Perak di Stadium Indera Mulia, malam tadi.

Berasal dari Taiping, kehadiran pelakon Sheriff: Narko Integriti itu turun memberikan sokongan kepada negeri kelahirannya yang bertanding dalam perlawanan akhir menentang Kelantan Warriors. 

Gelagat Zul Ariffin mencuit hati peminat sepak takraw negara apabila tidak henti bersorak buat Perak Bison sehingga akhirnya merangkul kejuaraan di tempat sendiri. 

 


Dalam pertemuan itu, Perak Bison berhasil menundukkan Kelantan Warriors 2-0 menerusi straight set 15-11, 15-12, sekali gus mengangkat tiga pemain, Noraizat Nordin (perejam), Aidil Aiman (apit kiri) dan Kritsada Sungvung (tekong) sebagai Pemain Terbaik, kali ini.
Perak Bison Jersey

Gaya Sukan, Gaya Penyokong

Jersi Perak Bison bukan sekadar pakaian — ia cara tunjuk semangat anda pada pasukan.


Rebut Sekarang

Advertisement

Must Watch Video