STL
CelcomDigi STL: Sabah Mountaineers mara ke separuh akhir
Sabah Mountaineers akhirnya menempah tiket ke separuh akhir CelcomDigi STL Divisyen 1 selepas berjaya menyingkirkan pasukan Perlis Vipers dalam aksi suku akhir yang berlangsung petang Sabtu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium tertutup SUKPA Kuantan, Mountaineers yang dibarisi oleh Aizat Azmi (Tekong), Sharip Shahari (Pengumpan) dan Baihaki Aripin (Perejam) memulakan aksi dengan agak perlawanan dan pada satu ketika ketinggalan 4-8.
Bagaimanapun mereka kembali mendapat rentak sebenar yang membolehkan mereka bejaya mengejar kedudukan semula menerusi mata demi mata.
Iklan
Vipers yang dibarisi oleh Yus Hanif, Syafiq Mustaqim dan Firdaus Mohamad ternyata gagal menyekat corak permainan agresif Montaineers yang menyaksikan mereka terpaksa akur di set pertama dengan kekalahan 12-15.
Vipers yang kemudianya cuba bangkit di set berikutnya untuk sekurang-kurangnya mengikat kedudukan nampak agak menjadi di awal babak permainan.
Namun ruang tersebut pantas ditutup oleh Mountaineers yang lebih bernafsu untuk memastikan slot di separuh akhir menjadi milik mereka.
Sabah Mountaineers akhirnya menokhtahkan sisa perjuangan Vipers apabila menang di set kedua dengan 15-9.
Must-Watch Video