Perak Bison menempah tiket ke separuh akhir CelcomDigi STL Premier di GP Penang selepas mengatasi Johor Tigris 2-0.
Ia sekaligus mencerahkan peluang Perak untuk menjuarai STL Premier secara keseluruhan musim ini jika mereka mampu muncul juara di GP terakhir ini.
Perak yang menurunkan Kritsada Sung Vung, Aidil Aiman dan Noraizat Nordin membawa reputasi selaku juara GP edisi lalu bagaimanapun tidak diberi laluan mudah oleh Johor Tigris.
Aksi di set pertama berlangsung seimbang di awal permainan dengan kedudukan mata yang rapat.
Namun Perak mula menjarakkan kedudukan ketika melepasi mata ketujuh.
Kedudukan tersebut terus dilebarkan sehingga kemenangan di set pertama 15-11 milik Perak.
Johor cuba melakukan kebangkitan di set kedua untuk mengikat kedudukan namun perak nyata masih mendominasi rentak permainan.
Hingga satu ketika, Perak jauh meninggalkan Johor sebelum mengesahkan tempat mereka di separuh akhir dengan kemenangan 15-9.
Sementara dalam aksi pembukaan hari ketiga, KL Thunder dan Bomba Fighters masing-masing turun dengan misi penting kejar slot naib juara Kumpulan C dengan pemenang bakal ke pusingan klasifikasi 5-8 esok.
Luka KL tewas aksi cukup dramatik kepada Melaka Titans semalam menyaksikan barisan kejurulatihan melakukan perubahan trio utama apabila tidak menurunkan Zarif Marican dan Aekkasit -- sebaliknya menggalas kepercayaan penuh buat Sarawut dan Redwan Hakim mengisi posisi tekong serta striker, sementara Amirul Zazwan kekal menjadi feeder utama.
Namun rombakan itu tidak menghalang dominasi fighters yang tampil garang sebelum KL kembali mengejar untuk raih kemenangan set pertama 15-13.
Enggan terus diuji lawan -- KL tenang memastikan kelebihan memihak mereka untuk layak ke pusingan klasifikasi hasil keputsuan 15-11 ke atas Bomba.