Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Perak Bison tepati ramalan muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

noraizat-nordin.jpg
Perak Bison menggunakan kelebihan bermain laman sendiri untuk menjuarai CelcomDigi STL GP Perak sebentar tadi.

Aksi final yang turut disaksikan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Syah Almarhum Sultan Azlan Shah, Sultan Perak berlangsung meriah dan gegak gempita dengan penonton yang memenuhi arena pertarungan.

Perak yang dibarisi tekong Kritsada Sumvung, Noraizat Nordin selaku apit kanan dan Aidil Aiman tampak yakin dengan dibantu penyokong sendiri.

Aksi sengit bermula sebaik perlawanan final berlangsung dengan Kelantan turut memberikan tentangan.

Kedudukan hanya terpisah satu mata setiap kali servis dan sukar menentukan siapa mampu dominasi set pertama.

Pada ketika kekdudukan terikat 11-11, Perak mula mempamer kebangkitan, sekaligus menyaksikan mereka menang 15-11.

Kelantan rupanya bangkit garang di set kedua. Sukrit, Muhd Azim dan juga Muhd Zulfikri mencemaskan Stadium Indera Mulia.

Pendahuluan Perak pantas diatasi sekaligus perlawanan semakin genting.

Perak yang tidak rela tewas di laman sendiri membalas sokongan istana dan penyokong menerusi servis berbisa kritsada untuk mata kejuaraan buat Perak.

Advertisement

Must Watch Video