Perak Bison yang ditempatkan dalam Kumpulan B bersama dengan pasukan yang menghuni pertengahan kedudukan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Division Premier iaitu Johor Tigris dan Kelantan Warriors memberi gambaran positif menjelang Grand Prix (GP) Penang yang menjadi pelengkap liga musim ini.
Jurulatih Perak Bison, Mohd Dzhafril Mohd Anuar, pula menganggap keupayaan pasukannya mengejar pendahulu, Kuala Lumpur Thunder, bukan sesuatu yang mustahil dengan perbezaan empat mata ketika ini.
"Kedua-dua pasukan mahu mendapatkan mata tertinggi untuk mendapatkan slot STL Champions Cup.
"Pastinya mereka mahu memberikan saingan kepada Perak Bison," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Kelibat pemain kebangsaan, Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin, serta pemain import Thailand, Kritsada Sungvung, ternyata memberi impak luar biasa bersama keupayaan pemain muda membuka laluan untuk Bison menamatkan GP musim ini di tangga persada liga.
"Semestinya ia akan melonjakkan moral kami menjelang GP terakhir.
"Permainan kami kian meningkat dan kami mahu terus mendapatkan keputusan yang baik," katanya.