Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Perak Bison hukum Kelantan Warriors

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kritsada.jpg
CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) 2025 Divisyen Premier terus hangat dengan perlawanan penentuan pusingan klasifikasi lima hingga lapan dengan kesemua pasukan memperagakan aksi cukup bertenaga untuk menamatkan saingan Grand Prix (GP) Terengganu dengan keputusan terbaik.

Kelantan Warriors dan Perak Bison yang masing-masing mencatatkan satu kemenangan di peringkat kumpulan ada misi yang jelas, iaitu kemenangan untuk memburu kedudukan terbaik.

Walaupun pada awalnya berlawanan berlangsung sengit untuk kedudukan terikat 5-5, tetapi selepas itu Perak Bison yang dibarisi Kritsada, Aidil Aiman dan Aizat Nordin berhasilkan menjarakkan kedudukan.




Perak Bison makin selesa apabila Kelantan banyak melakukan kesilapan untuk set pertama berakhir 15-9.

Perlawanan menjadi lebih mudah buat Perak Bison dalam set kedua, lebih-lebih Kelantan Warriors seperti hilang fokus untuk benarkan mata mata mudah diperolehi Perak untuk menang 15-8.
 

Advertisement

Must Watch Video