Perak Bison mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menjuarai saingan Kumpulan B, Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Mereka menewaskan Kuala Lumpur (KL) Thunder 2-0 menerusi keputusan 15-10, 15-10 dalam tempoh 53 minit secara keseluruhan.
KL meletakkan Zarif Merican (tekong), Aekkasit Naphom (perejam) dan Amirul Zazwan (pengumpan). Sementara, Perak mempertaruhkan Kritsada Sungvung (tekong), Aidil Aiman (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam).
Kedua-dua pasukan saling berkejaran mata dalam set pertama, namun ketangkasan Perak memastikan mereka mendominasi set pertama dengan kemenangan 15-10.
KL Kembali memperkemaskan corak pertahanan dalam set kedua hingga kedua-dua pasukan terikat 10-10, namun kelebihan memihak Perak yang lebih dominan untuk menang 15-10 ke atas Perak yang bergelut pada saat akhir perlawanan.
Pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir adalah seperti berikut:
1. Negeri Sembilan Antlers
2. Melaka Titans
3. Selangor Pistons
4. Perak Bison