Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Perak Bison ambil iktibar menjelang GP Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-bison.jpg
Perejam Perak Bison, Noraizat Nordin, meletakkan sasaran untuk membawa pasukannya mara ke pentas separuh akhir grand prix (GP) kedua CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Premier 2025 di Nilai, Negeri Sembilan, bermula Selasa depan.

Sedar bahawa ia bukan satu tugas mudah, 'Bangau' percaya Perak Bison sudah mempelajari sesuatu dalam GP Terengganu yang menyaksikan mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Perejam skuad kebangsaan itu menjelaskan dia kini dalam fasa untuk memperbaiki beberapa kelemahan; antaranya aspek rejaman, penerimaan bola pertama serta balingan sempurna buat tekong, Kritsada Sunvung.

"Tahap permainan saya belum mencapai 100 peratus.

"Saingan pastinya GP kedua agak keras sebab masing-masing mahukan kemenangan. 





"Semua pasukan akan bekerja keras untuk dapatkan mata pertama," katanya.

Meskipun tidak diundi dalam kumpulan maut dalam Grand Prix Negeri Sembilan minggu depan, 'Bangau' tetap berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan naib juara Divisyen 1, Bomba Fighters serta Terengganu Turtles yang dilihat mampu mencipta kejutan.

Lantaran itu, dia percaya dengan komitmen tinggi barisan pemain, kejurulatihan serta pihak pengurusan Bison, tidak mustahil untuk mereka mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

"Kami akan cuba melayakkan diri ke separuh akhir dalam GP kedua ini," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video